Mengenai kami
sejARAH MADRASAH
Madrasah Tahfiz Al Quran Desa Darul naim Kasih Arabbaniyah yang beralamat di Lorong Imam Fakeh Hj jantan bin Hj Sam, KM 32, Kg Parit Sidang Seman 77400 Sungai Rambai, Melaka telah didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Melaka bernombor rujukan pendaftaran: JAIM/SAS/(M)037 seperti mana mengikut Enakmen Pengawasan Sekolah-sekolah Agama Islam Tahun 2002.
Sejarah penubuhan Madrasah Tahfiz ini telah diasaskan oleh Almarhum Tn Guru Hj Abu Bakar bin Hj Jantan. Telah didaftarkan di JAIM pada tahun 2017. Pada mulanya beliau sekadar mengadakan kelas bacaan Al Quran di rumah sahaja dan akhirnya sehingga terbinanya bangunan madrasah Tahfiz yang terdiri dari satu blok asrama serta pejabat, satu blok kantin, satu blok surau, dua pintu rumah penginapan untuk tenaga pengajar. Madrasah ini turut memiliki satu van pelajar.
Mempunyai pelajar seramai 19 orang (15 orang sepenuh masa dan 4 orang separuh masa). Terdiri dari seorang ustaz Al Hafiz, 2 orang ustazah dan 6 kakitangan sokongan yang lain. Matlamat madrasah ini adalah untuk mencukupkan kemasukan kapasiti pelajar sehingga 30 orang. Para pelajar akan dikenakan yuran pembelajaran sebanyak RM250. Pihak madrasah akan membantu mendapatkan tajaan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.
OBJEKTIF UTAMA
- Melahirkan lebih ramai generasi Huffaz Al Quran dan pendakwah yang memiliki hafazan Al Quran yang mantap khususnya di melaka sekaligus menjaga ketulenan Al Quran
- Memberi ruang kepada permintaan tinggi daripada masyarakat dalam bidang Tahfiz Al Quran
- Menyahut seruan kerajaan dalam memertabatkan pendidikan Tahfiz berdasarkan Dasar Tahfiz Negera.
VISI
Menjadi Lembaga Pendidikan dan Pelatihan serta pengembangan sumber dewasa yang memiliki karakteristik yang “khas”, iaitu ” Menghafal, Menguasai dan Mendalami” kandungan Al Quran, hadis, Kitab-kitab klasik(kitab kuning), berakhlak mulia, cerdas dan jati diri.
MISI
- Memperjitukan generasi masa depan yang berwawasan Al Quran yang berpegang pada sunnah dan menguasai sepenuhnya ilmu-ilmu Kitab kuning (klasik).
- Memperkasakan ketulusan yang profesional dalam bidang ilmuwan yang memiliki jiwa yang kental dalam menghadapi suasana pancaroba semasa, berteraskan jatidiri sebagai warga Malaysia yang berakhlak mulia (Saddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh & Qanaah).
- Mengembangkan didikan berteraskan Al Quran sepenuhnya. Pelajar Tahfiz ilmuan dapat menguasai dalam bidang "Profesionalisme Staff" agar menjadi Umat Huffaz yang berjaya dalam pelbagai sektor bidang utama berpandukan Al Quran dan Sunnah sepenuhnya.